Strangeness and charm
1
2
3



ANIS ZAKARIA - BAB 1
♣ 0

Tetap menantimu yang dinyanyikan oleh Nomad disiarkan di radio ketika Tengku
Esnisa Tengku Zakaria atau Enise nama panggilannya, sedang memandu. Setiap kali lagu itu dipasang, pasti kenangan lama Tengku Esnisa bersama bekas kekasihnya kembali menerpa dalam dirinya.

"Ish pehal lah lagu ni keluar. Tak boleh ke sikit je aku tak fikir mamat tu. Come on Enise, you decide to leave him. Just forget."

Perangai Enise yang sering bercakap sendirian itu tidak berubah sejak dia kecil lagi.

Bmw 4 series Tengku Esnisa menderu masuk ke kediaman Zakaria. Tetapi ada satu kejadian yang tidak diinginkan berlaku di pintu masuk rumahnya. Dia seperti sangat mengenali wanita itu lalu dia memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk rumahnya. Dia terus keluar dari kereta tersebut.

"Daddy who is she? Your girlfriends?!"

"Enise kan daddy dah cakap, you can't park you car here. Kenapa Enise tak balik condo Enise?"

"Daddy, answer me!"

Akibat terlalu marah akan daddynya, mukanya yang putih melepak itu bertukar menjadi merah padam. Sudah banyak perempuan yang datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa mereka hamil anak Tengku Zakaria. Niat sebenar wanita-wanita tersebut hanya untuk mendapatkan kekayaan.

"She's.... she's... she's..."

Tengku Zakaria tergagap-gagap untuk menjawab soalan puteri tunggalnya itu. Tapi sudah lama perkara itu dirahsiakan daripada Tengku Esnisa.

"Daddy, once again Im asking you politely, who is she dad? Is she same like other women who said they're pregnant cause of you and just want the money, dad?"

Tidak sempat Tengku Zakaria untuk menjawab soalan Tengku Esnisa, wanita tersebut mengatakn sendiri siapa dirinya yang sebenar.

"Im your mother, Tengku Zarina binti Tengku Idris."

Tengku Zarina terus memeluk Tengku Esnisa tetapi sempat ditolak oleh puterinya. Mata Tengku Esnisa yang besar memandang tajam ke arah dua insan yang membiarkan hidupnya dibesarkan hanya dengan harta bukan kasih sayang.

"Daddy, you told me, mummy was dead. But why she's here? Enise jumpa gambar daddy dengan mummy dekat dalam almari daddy. Kenapa daddy tipu Enise?!"

"Enise, listen. The story is too long. I dont want to tell you because of this liar. Daddy tak nak bagitahu sebab daddy sayang dekat Enise. Daddy tak nak Enise terluka dengar cerita kami. Daddy nak Enise jadi macam budak-budak lain. Tak serabut hal family."

"Enise tak pernah ada hidup macam budak-budak lain daddy. Enise pergi sekolah Pak Man hantar. Balik pun Pak Man jemput. Daddy cakap nak datang setiap graduation Enise, tapi daddy tak pernah datang. Abang Ezmir je datang tengok Enise graduate. Abang Emir je datang time convo Enise. Abang Ezmir je yang sudi tengok Enise berjaya sebenarnya. I never get that love from my parents. Only my brother give me all that. He took care of me. Enise tak nak harta. Enise nak kasih sayang parents Enise je. Enise dgn abang Ezmir tak dapat sikit pun semua tu. You cant buy love with money. Duit bukan segalanya daddy."

"Enise, daddy minta maaf sangat-sangat. Daddy cuai. Daddy tak pandai jaga anak-anak daddy. Im sorry? Okay, we start everything all over again okay dear?"

"Its too late daddy. You cant decide my life start from now. Daddy dgn hidup daddy, Enise dengan hidup Enise. That's all."

"But why Enise?"

"Abang dah kahwin dengan orang yang daddy tentukan. And you know what, dorang  dah cerai sekarang. Tengku Jihan seorang yang penipu and now harta semua jatuh kat tangan Enise. Enise needs all of these. Thank you daddy. Im not going home again after this. Bye."

Tengku Esnisa naik ke biliknya untuk mengemas semua barang-barangnya lalu dibawa turun dan masukkan ke dalam kereta lalu memandu laju keluar dari Kediaman Zakaria. Air mata yang sedang bertakung akhirnya jatuh dengan deras sekali.

Setelah lama memandu, akhirnya dia memberhentikan keretanya di R&R Tapah.

"Kenapa daddy dengan mummy buat aku dengan abang Ezmir macam ni? They dont deserve to have children at all. Irresponsible people!"

Nasib baik Tengku Esnisa tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tuanya. Semua orang akan rasa mereka seperti tiada ibu bapa langsung kerana ibu bapanya sibuk mengejar hal dunia.

Setelah melepaskan semua perasaannya di dalam kereta, Tengku Esnisa memutuskan untuk solat di suara dan membeli dua bunkus roti coklat dan capucino blended. Sedang dia duduk di depan keretanya sambil mengalas perut, seorang lelaki yang sedang melayan anak kembarnya ditenung.

'Untungnya budak kecil tu dapat kasih sayang yang cukup daripada parents dorang.' berkata Enise sendirian.











◄ older

newer ►